Gadis Ini Lempar Wang Pada Wanita Tua Yang Menegurnya, Tapi Balasannya Buat Dia Malu!

Mungkin ada orang yang berfikir bahawa wang boleh mengatur segala-galanya, termasuk memotong barisan.

Seorang wanita muda yang cantik menjadi sasaran kemarahan netizen kerana tidak mahu beratur.

Bukan itu sahaja, sikapnya terhadap orang tua juga tidak sopan.

Dilaporkan dari worldofbuzz.com, kejadian itu dikhabarkan berlaku di kedai chestnut panggang di Guangzhou, China. Kedai ini begitu popular sehingga ramai pembeli beratur di sana.

Namun, kekecohan berlaku apabila ada wanita muda berpakaian kemas dan cantik yang tiba-tiba memotong barisan.

Wanita tua yang tidak boleh terima barisannya dipotong terus menegur gadis tersebut.

Gadis potong antrian

Gadis dengan beg pink Hermes itu pun membela diri dengan berkata bahawa dirinya sedang terburu-buru.

Kekecohan makin panas apabila gadis cantik itu berkata, “Jika kau merosakkan beg Hermes ini, kau tak akan boleh bayar ganti ruginya!”

Gadis potong antrian

Wanita yang marah itu terus memberitahu orang-orang di sekeliling, “Lihatlah gadis ini, dia tidak mempunyai sopan santun. Ramai orang yang beratur tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk beratur. ”

Beberapa orang cuba meleraikan, tetapi ada juga yang mengeluarkan telefon bimbit dan merakam kejadian itu.

Gadis potong antrian

Setelah itu, gadis itu mengeluarkan wangnya dan berkata, “Kau cuma mahukan wang kan, ni aku berikan padamu!” sambil melemparkan wang itu ke wajah wanita yang lebih tua darinya tadi.

Gadis potong antrian

Wang tersebut jatuh ke tanah, tapi wanita tua itu kemudian memukul gadis itu dengan sayurnya yang dipegangnya.

Gadis potong antrian

Gadis potong antrian

Gadis tersebut cuba menaikkan beg tangan dan tangannya untuk melindungi dirinya dari kemarahan wanita tua yang sedang marah itu.

Dia pun melemparkan beg mahalnya sementara orang lain mula melerai pertengkaran tersebut. Gadis itu akhirnya menyerah, mengambil begnya dan meninggalkan tempat itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.