Carter Sanggup Jadi Wakil Trump Ke Korea Utara

NEW YORK – Bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter menyatakan kesediaan mengunjungi Korea Utara bagi pihak pentadbiran Presiden Donald Trump untuk membantu mengendurkan keterangan, lapor akhbar New York Times dalam laman webnya hari ini.

“Saya akan pergi, ya,” kata Carter kepada akhbar itu ketika ditanya dalam temubual di rumahnya di Plains, Georgia, sama ada ini masanya untuk satu lagi misi diplomatik atau mahu melakukannya bagi pihak Trump.

Carter, Presiden dari Parti Demokrat daripada 1977 hingga 1981, berkata beliau berbincang dengan Penasihat Keselamatan Negara, Leftenan Jeneral H R McMaster, yang juga rakannya, tetapi setakat ini mendapat reaksi negatif.

“Saya memberitahu saya bersedia jika perlukan saya,” akhbar itu memetik Carter sebagai berkata.

Diberitahu bahawa sebahagian ahli perundangan di Washington bimbang dengan perang lisan antara Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, Carter berkata: “Saya juga bimbang dengan situasi itu.”

“Mereka mahu menyelamatkan rejim. Kita terlalu memandang tinggi pengaruh China ke atas Korea Utara. Terutama apabila Kim, tidak pernah ke China sepanjang yang saya tahu.”

Menggambarkan pemimpin rejim itu sebagai ‘tidak dapat dijangka’, Carter bimbang jika Kim menyangka Trump akan bertindak terhadapnya, beliau akan bertindak terlebih dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.