Budak 11 Tahun Saintis Termuda Amerika

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Seorang murid mendapat jolokon ‘saintis termuda Amerika Syarikat’ selepas mereka alat pengesan kandungan plumbum untuk air tercemar.

Menurut laporan CNN, Gitanjali Rao, 11 terpilih dari 10 finalis yang telah menghabiskan masa tiga bulan bekerjasama dengan saintis untuk merealisasikan idea-idea mereka.

Alat yang dicipta Gitanjali menggunakan tiub nano karbon yang berkos rendah.

Rekaan Gitanjali dilaporkan diilhamkan oleh sebuah skandal di Michigan pada 2014-2015.

Dalam skandal tersebut, pihak berkuasa berhadapan pelbagai dakwaan termasuk membunuh selepas kandungan plumbum ditemui dari sumber air yang tercemar.

Sehingga kini, ujian mengesan kandungan plumbum di dalam air membabitkan kos tinggi.

Tetapi rekaan Gitanjali yang dinamakan Tethys akan menggunakan sensor yang disambungkan ke aplikasi telefon bimbit dan mampu memberi analisis tepat dan pantas.

“Jika anda mandi menggunakan air tercemar, anda akan dapat gatal-gatal. Jika seseorang minum air dengan kandungan plumbum, anak mereka mungkin akan mengalami kecacatan kecil,” kata Gitanjali kepada Business Insider.

Gitanjali berharap untuk memperhalusi rekaan beliau supaya ianya boleh dijual kepada umum.

Untuk rekaan tersebut, Gitanjali memenangi AS$25,000 (RM105,650) yang dianugerakan oleh Cabaran Saintis Muda 3M 2017 yang dianjurkan oleh Discovery Education.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.