Amar Hadiahkan Amyra Kereta

KUALA LUMPUR: Biarpun sedar pengorbanan isteri melahirkan si kecil tak ternilai dengan harta benda, pelakon Amar Baharin, 32, menghadiahkan kereta buat Amyra Rosli, semalam.

Amar memberitahu, tanda penghargaan ke atas pengorbanan Amyra yang hamil sembilan bulan dan melahirkan putera sulung mereka, Ahad lalu, dia membeli kereta baharu buat isteri tersayang.

“Apalah sangat hadiah tak seberapa ini dibandingkan dengan pengorbanan isteri sepanjang sembilan bulan ini.

“Hendak bawa bercuti ke tempat-tempat mahal tak mampu, jadi saya beri hadiah kereta yang boleh digunakan bertahun-tahun,” katanya kepada BH Online.

Amyra selamat melahirkan putera sulung hasil perkongsian hidup dengan Amar di Pusat Perubatan Prince Court di sini, Ahad lalu.

Ditanya pengalaman sebagai ayah, Amar teruja menguruskan keperluan bayinya dan bersyukur permata hatinya tidak banyak ragam.

“Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan anak yang sempurna, sihat dan comel.

“Paling kami bersyukur, anak saya ‘good boy’… Tak banyak ragam,” katanya.

Setakat ini, Amar mahupun Amyra belum mengumumkan nama anak mereka.

Pasangan itu bernikah di Hotel Premiera, di sini pada 11 November tahun lalu.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.