Video : Ratu Naga Sertai PKR, Tebus Dosa

PETALING JAYA – Syarul Ema Rena Abu Samah, 26, atau ‘Ratu Naga’ menyertai PKR hari ini kerana ingin menebus dosa.

 

Ratu Naga berkata, dia tidak kisah samada memasuki mana-mana parti Bersatu, PKR, DAP tetapi yang lebih penting diam mahu menebus dosa yang pernah dilakukan terhadap PKR.

 

<iframe width=”1280″ height=”720″ src=”https://www.youtube.com/embed/CM3GzHSYUUw” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>

 

“Saya ingin menebus kesalahan saya kepada PKR, jadi dalam masa yang sama saya akan membersihkan semua benda yang pernah saya buat.

 

“Saya ingin memperbaiki apa yang telah saya terlanjur buat kepada PKR. Jadi dalam masa yang sama juga ingin bersihkan parasit dalam PKR yang pernah saya bekerja dulu dalam UMNO,”katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, tengahari tadi.

 

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, akan menggunakan kepakaran Ratu Naga untuk perkara yang lebih positif.

 

“Mungkin dahulu cara yang digunakan (Ratu Naga) negatif sikit, kali ini saya ingin dia berperanan mengangkat martabat wanita dalam menambahkan lagi kesedaran tentang polisi, pergerakan wanita dan apa yang diperjuangkan oleh wanita keadilan untuk wanita di negara ini.

 

“Yang keduanya kepakaran beliau menggunakan sosial media berinteraksi dan sebagainya juga akan saya dapatkan untuk melatih untuk parti ini supaya beliau lebih mahir dalam sosial media ini,”katanya

 

Zuraida juga mengakui masih dalam proses menasihati ‘Ratu Naga’ supaya tidak melakukan perkara negatif yang boleh merosakkan parti seperti yang dilakukannnya sebelum ini.

 

Tambahnya, beliau berkali-kali mengharapkan kehadiran Ratu Naga akan memberikan perubahan baharu di dalam parti itu untuk memperkasakan sosial media bagi mengangkat martabat wanita.-SuaraTV

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.