Video : ‘Pembangkang Patut Berbogel Waktu Keluar Dewan, Tunjuk Kurap Pada Rakyat’

 

KAPAR – Pemimpin gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata pembangkang patut bertelanjang sewaktu keluar dewan, ‘tunjukkan kurap mereka pada rakyat’.

 

 

Beliau berkata, kesemua pimpinan itu tidak layak untuk menjadi wakil rakyat yang memperjuangkan hak rakyat di parlimen kerana memperlakukan perkara demikian semasa pembentangan Bajet 2017, semalam.

 

 

“Semalam Bajet (2017) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, wakil-wakil rakyat daripada mereka (pembangkang) berpakat beramai-ramai keluar parlimen.

 

 

“Sepatutnya mereka bukan setakat keluar parlimen, mereka sepatutnya buka baju mereka bertelanjang bulat dari parlimen. Supaya kita dapat melihat inilah wajah-wajah mereka. Melihat kudis-kudis mereka, kurap-kurap di tubuh badan mereka yang keluar semalam.

 

 

“Siapa yang keluar semalam? semuanya presiden-presiden parti termasuklah presiden parti yang baharu ditubuhkan. Parti gambar bunga (Bersatu) yang saya lihat macam bunga tahi ayam,”katanya kepada penyokong kumpulan gerakan merah di perhimpunan anti-BERSIH di Kapar, Selangor hari ini.

 

 

Dalam perkembangan lain, beliau turut melahirkan kekesalan kerana pernah bersalaman dan mencium tangan Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu.

 

 

Menurut Jamal, dia akan meludah tangan Mahathir sekiranya bertemu dengan bekas perdana menteri itu sekarang.

 

 

“Inilah seorang pemimpin yang kita hormati selama 22 tahun menjadi PM yang dahulu saya pernah jumpa dengan beliau, cium tangan beliau, tapi kali ni kalau saya jumpa beliau, saya ludah tangan dia.

 

 

“Saya menyesal cium tangan dia dahulu,” katanya.

 

 

Jamal berkata tingkah laku Mahathir adalah tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.