Video: Bekas Jurukamera Wanita Mahu Saman Pelarian Syria, Facebook

Seorang bekas jurukamera wanita warga Hungary yang menimbulkan kemarahan dunia selepas video menunjukkannya dengan sengaja menyadung dan menendang warga tua pelarian Syria pada September lalu memaklumkan akan menyaman lelaki tersebut.

 

Memetik laporan portal berita Aljazeera, wanita tersebut, Petra Laszlo yang merupakan bekas kakitangan stesen N1TV berkata, dia mengambil tindakan untuk menyaman mangsa, Osama Abdel Mohsen Alghadab ekoran pelarian Syria itu menukar keterangannya yang sebelum ini menyalahkan pihak polis.

 

Malah, Laszlo dikatakan turut menggugut akan menyaman laman sosial terbesar dunia, Facebook kerana mendakwa laman terbabit memainkan peranan penting sebagai platform kecaman dan kutukan yang diterimanya.

 

“Kami (dan suaminya) percaya bahawa Facebook memainkan peranan utama kepada saya. Ia membantu orang ramai mengutuk saya,” katanya dipetik portal tersebut, semalam.

 

Terdahulu, selepas insiden itu, Laszlo tampil memohon maaf atas tindakannya terhadap pelarian Syria itu sehingga menyebabkan kemarahan global.

 

Dalam rakaman itu, Mohsen yang mendukung anak lelakinya berusia tujuh tahun tersungkur selepas Laszlo bertindak menendangnya. – MalaysiaDigest

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.