Tiga Wanita Gaduh Direman

KOTA BHARU – Kota Bharu: Polis menahan tiga wanita berusia 20-an bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang videonya menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.

 

 

Seorang daripadanya ditahan dua hari lalu di Padang Tembak, di sini manakala, dua lagi ditahan di rumah mereka di Taman Sari dan Wakaf Mek Zainab, di sini antara 3 hingga 4 pagi tadi.

 

 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mereka ditahan reman tiga hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

 

 

Rakaman video berdurasi dua minit 11 saat itu menunjukkan seorang wanita dibelasah teruk oleh dua lagi kaum sejenisnya dipercayai akibat penipuan perniagaan secara dalam talian.-Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.