Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah RM418 bilion

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM418 bilion (bersamaan AS$94.1 bilion) pada 15 Oktober 2015.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata, kedudukan rizab itu cukup untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek.

 

Bank Pusat itu berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$85.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (AS$1.8 bilion), emas (AS$1.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.3 bilion).

 

Aset itu termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.14 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM691.79 million), pinjaman dan pendahuluan (RM6.92 bilion) dan aset lain (RM16.16 billion).

 

Modal dan liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM144.1 bilion), mata wang dalam edaran (RM84.56 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM162.99 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM2.79 bilion), deposit lain (RM559.38 juta), kertas BNM (RM25.35 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM8.31 bilion) dan liabiliti lain (RM17.28 bilion). – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.