Rafizi Jangan Sekadar Acah-Acah, Kemuka Bukti – Annuar Musa

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa menggesa supaya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang didakwa mempunyai bukti berhubung skandal hartanah di Australia bukan hanya sekadar ‘acah-acah’ tetapi menyerahkan dokumen dan bukti-bukti kepada pihak penyiasatan.

 

 

Beliau berkata, pihaknya meminta kerjasama daripada wakil rakyat atau sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkaitan perkara ini supaya bersama-sama membantu MARA dalam proses siasatan tersebut.

 

 

“Semasa proses ini sedang dijalankan, nasihat saya kepada Yang Berhormat Pandan, kononnya beliau ada dokumen-dokumen tersebut, beliau tidak perlu menyimpannya. Jika menyimpannya mungkin merupakan satu kesalahan.

 

 

“Kita tidak perlu acah-acah. Sesiapa sahaja, bukan sahaja Yang Berhormat Pandan, kalau mereka ada bukti, mereka boleh bantu penyiasatan ini. Saya berharap mereka dapat beri kerjasama dan menyerahkan bukti-bukti itu kepada SPRM,”katanya.

 

 

Katanya, pihaknya juga sama sekali tidak akan kompromi terhadap perkara yang melibatkan soal integriti.

 

 

“Saya ingin menjelaskan sekali lagi bahawa kita perlu bezakan MARA dengan badan-badan yang bertanggungjawab dalam menjalankan penyiasatan.  Apabila kes ini kita telah serahkan kepada badan terbabit termasuk SPRM dan polis, MARA tidak lagi mengganggu atau menuntut untuk mereka melaporkan kepada kita sebab prosesnya bukan begitu.

 

“Kita hanya akan terus memberikan kerjasama apabila diminta dan sekiranya kita ada apa-apa kenyataan, bukti kita hanya perlu menyerahkan kepada mereka yang menjalankan penyiasatan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PolisDiRaja Malaysia (PDRM) untuk meneruskan siasatan mengikut cara dan prosedur yang mereka,”katanya di lobi parlimen hari ini yang membuat kenyataan balas selepas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membuat sidang akhbar berkaitan isu tersebut, dua hari lalu.

 

 

Annuar berkata, MARA tidak akan masuk campur dan memberikan sebarang tekanan kepada badan penyiasatan yang terlibat. Malah, pihaknya juga ingin tahu fakta sebenar turut membuat audit dalaman  berkaitan isu tersebut.

 

 

“Kalau kita hanya menunggu sahaja pada siasatan SPRM, mereka tidak melaporkan kepada kita. Sedangkan kita sendiri ingin tahu kelemahan-kelemahan kita kalau ada kita perbaiki dan yang pentingnya kita mahukan fakta yang benar tanpa menganiayai sesiapa.

 

 

“Kita akan terus mengadakan internal audit dan beberapa penemuan tertentu yang mana relevan untuk diserahkan kepada penyiasat. Kalau kita buat diperingkat MARA sahaja kita tahu. Kita ada ‘limitation’ jadi kepakaran dalam audit akan membantu penyiasatan tersebut,”katanya.

 

Pihak MARA juga sudah melantik external audit di pihaknya walaupun memakan sedikit masa dari segi rundingan dan rujukan penyiasatan.-SuaraTV

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.