Malaysia Sangkal Laporan Tak Beri Kerjasama

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyangkal laporan Australian News Corp bahawa Malaysia gagal bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam proses penyiasatan penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 tahun lepas.

 

 

Beliau menegaskan bahawa Malaysia bukan sahaja memberi kerjasama kepada DSB, malah melakukan banyak usaha serta bekerjasama rapat dengan lembaga itu.

 

 

“Saya kecewa dan sedih mendengar berita seperti ini kerana Malaysia telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan itu.

 

 

“Memandangkan laporan akhir menyebut dengan jelas bahawa Malaysia telah memberi kerjasama penuh… maka, adalah tidak benar untuk mengatakan Malaysia tidak memberi kerjasama penuh kepada DSB. DSB mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini apabila diminta mengulas perkara itu.

 

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula Institut Vokasional Tunku Abdul Rahman (VTAR), yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Kojadi di sini, hari ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.