Emma Mengaku Tampar Kamal

Pelakon kecil molek, Emma Maembong masih mahu merahsiakan tentang insiden berkaitan videonya yang menjadi viral kerana menampar seorang pelakon lelaki, Kamal Adli.

 
Memetik laporan Sinar Harian, Emma yang dikatakan baru sahaja menjayakan satu program realiti digital berjudul The House bersama dua lagi adik beradiknya Cha Cha dan Yaya, ketika diminta mengulas berkenaan video tersebut berkata, perkara itu masih menjadi rahsianya.

 

 

“Belum masanya lagi untuk mendedahkan perkara sebenar itu sekarang. Tetapi tamparan itu memang berlaku. Hanya tuhan sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku.

 

 

“Perlu tunggu untuk mengetahui perkara sebenar. Mungkin minggu hadapan baru saya akan maklumkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.