BMW Jadi Sasaran Lepas Geram

SHENZEN, BEIJING. Seorang wanita mengamuk dan memecahkan kereta jenis BMW 780 yang bernilai hampir 700 ribu milik suaminya, selepas mendapat tahu lelaki itu mempunyai kekasih gelap.

 

 

Wu, nama singkatan bagi wanita separuh umur itu telah mengejutkan orang awam ditempat letak kereta apabila dia memukul kereta tersebut dengan tukul sambil menjerit ‘Perempuan yang duduk dalam kereta ini menjijikkan!’.

 

 

Pengawal keselamatan yang berada disitu cuba menghalangnya namun, Wu memberi amaran supaya tidak mencampuri urusan rumah tangganya, selain mendakwa kereta itu miliknya dan mengeluarkan dokumen untuk membuktikannya.

 

 

Dia kemudian menyambung semula memukul sehingga mengakibatkan kemusnahan lampu depan dan belakang kereta, but remuk teruk sekali gus menyebabkan empat pemegang pintu dan tingkap kereta juga pecah.

 

 

Suaminya yang tiada kerana urusan perniagaan dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pengawal keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.