Bekas Pengarah Agensi Kerajaan Didakwa Terima Rasuah

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mendakwa seorang bekas pengarah agensi kerajaan berhubung kesalahan mengambil rasuah bagi melaksanakan kerja-kerja perlombongan pasir di Selangor sejak tahun lalu.

 

Difahamkan individu itu akan didakwa bersama seorang kakitangan yang masih berkhidmat. Kedua-dua mereka berusia antara awal 40-an dan 60 tahun.

 

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan pihaknya telah melengkapkan siasatan.

 

“Siasatan sudah selesai. Kita akan dakwa dalam waktu terdekat,” kata beliau tanpa mengulas lanjut.

 

Kes ini merupakan antara kes berprofil tinggi disiasat SPRM Selangor.

 

Ini pertuduhan pertama melibatkan penjawat awam pertama berkaitan isu pasir di Selangor.

 

Bagaimanapun difahamkan bahawa suapan yang diterima dalam bentuk wang dan kemudahan penginapan adalah sebagai dorongan untuk mendapatkan projek atau kerja-kerja tersebut yang melibatkan agensi kerajaan terbabit.

 

Kesalahan meminta rasuah membabitkan mereka dipercayai berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

 

Menurut laporan media Jun lalu, seorang bekas pengarah berpangkat datuk, bersama seorang lagi pegawai agensi dia berkhidmat ditahan oleh SPRM.

 

Mereka ditahan reman selama tujuh hari kerana didakwa meminta rasuah sebanyak RM250,000.

 

Mereka ditahan oleh SPRM disebuah hotel lima bintang berdekatan Port Dickson. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.