Anthony Martial Bertindak Bodoh, Kata Van Gaal

LOUIS Van Gaal menyifatkan Anthony Martial sebagai bodoh apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada CSKA Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Khamis.

 

Pasukan tuan rumah, CSKA dihadiahkan penalti selepas Martial menyentuh bola menggunakan tangan pada minit ke-15, sekaligus memberi ruang kepada lawan mendahului 1-0.

 

Van Gaal bagaimanapun mengakui gembira dengan aksi penyerang berusia 19 tahun itu yang turut menghasilkan gol penyamaan buat United.

 

Jaringan Martial berjaya menyelamatkan United daripada tewas tipis dalam perlawanan tersebut.

 

“Martial adalah seorang manusia. Dia mampu bertindak balas dan tindak balas itu kelihatan bodoh. Tetapi tindakan sebaliknya juga berlaku (jaringkan gol).

 

“Dia berkata itu tindakan pertama kali dibuat (menghadiahkan penalti kepada lawan). Tetapi saya gembira dengan aksinya secara keseluruhan,” jelas jurulatih kelahiran Belanda itu. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.