24 Motosikal Terbakar Angkara Tindakan Khianat

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 buah motosikal milik penghuni pangsapuri kos rendah Bandar Tasik Selatan, Cheras musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.47 pagi itu, 14 buah motosikal musnah sepenuhnya manakala selebihnya rosak akibat kesan kebakaran.

 

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan penduduk sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Besi tiba di tempat kejadian.

 

Menurutnya, kebakaran dipercayai berlaku di bahagian tengah kawasan parkir motor sebelum merebak.

 

“Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan kerugian yang dialami pemilik motosikal,” katanya.

 

Difahamkan kejadian tersebut dipercayai angkara khianat namun siasatan masih diteruskan.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kerana khianat menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.