Sanggup Menipu Lumpuh Semata-Mata Lari Dari Hukuman

South Wales  – Seorang lelaki sanggup menipu bahawa dirinya lumpuh seluruh badan selama dua tahun semata-mata untuk melarikan diri daripada jenayah yang dilakukannya sebelum ini.

Allan Knight, 47, dari Swansea sanggup menipu dengan mengatakan dirinya lumpuh daripada bahagian leher hingga kaki hanya untuk melarikan diri daripada dikenakan hukuman kerana menipu wang jirannya sebanyak £40,000.

Perbuatannya itu terbongkar apabila seorang doktor melihat dia boleh makan, mengelap muka malah menulis dengan sendiri daripada bilik hospital.

Aksinya menolak troli ketika membeli-belah di Tesco dan memandu kereta turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Bagaimanapun, isterinya, Helen, cuba mempertahankan tindakan tersebut dengan memuatnaik gambar dia menjaga suaminya yang berada dalam keadaan koma.

Polis South Wales, Detektif Paul Harry berkata: “Sepanjang karier saya ini merupakan kes penipuan paling lama dapat disembunyikan.”

Knight berhadapan dengan tindakan mahkamah atas 19 tuduhan mencuri dan memalsukan dokumen.

Dia juga berhadapan dengan hukuman penjara selama sebulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.