Rafizi, Dua Wakil Ke Australia Bincang Kes Liwat Anwar

Petaling Jaya – Tiga wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat yang mengadakan lawatan kerja ke Australia, isu yang menjadi perbincangan hangat sepanjang bearada disana ialah kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Delegasi itu diwakili Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan), Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) dan Lee Chean Chung (Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu) telah bertemu dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishop, yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Liberal iaitu parti pemerintah di Australia.

“Ketika pertemuan tersebut, perbincangan berkisar kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Akta Hasutan dan isu-isu perkauman yang dimainkan sebagai alat politik di Malaysia .

“Selain bertemu Bishop, delegasi juga mengadakan pertemuan dengan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Australia serta pihak kedutaan untuk memberi taklimat mengenai isu-isu terkini Malaysia”.

Tiga wakil itu sempat bertemu dengan Timbalan Presiden Senat Australia, Senator Gavin Marshall sebelum mengakhiri lawatan kerja mereka.

Rangka lawatan kerja seumpama ini akan diteruskan ke negara-negara lain untuk membawa mesej mengenai tindakan Barisan Nasional yang melanggar adab kedaulatan undang-undang di Malaysia ke perhatian dunia.

Sementara itu, Anwar yang hadir pada majlis Rumah Terbuka  Timbalan Ketua Menteri II  Dr. P. Ramasamy di Taman Tambun Indah, Batu Kawan berkata, beliau mempunyai jadual harian yang ketat di Perak, Penang dan Kedah sempena cuti perayaan Hari Deepavali.

“Masa saya sangat terhad sebelum kes bermula pada Selasa” tegasnya.

Mahkamah juga diingatkan mengikut prinsip undang-undang dalam menguruskan kes liwatnya itu, kerana menurutnya masa beliau cukup terhad.

“Jika mahkamah mengikut prinsip undang-undang dan fakta, saya tidak perlu risau dan saya akan diberi kebebasan.  Jika tidak, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk kita bertemu lagi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.