Bunuh Suami Kerana Suka Bohong

Bali – Seorang lelaki warga British ditemui mati disembelih di sebuah kawasan sawah di sini, dipercayai dibunuh oleh isterinya sendiri.

Mayat Robert Kelvin Ellis, 60, ditemui dibungkus dengan plastik dan dibuang ke kawasan sawah di Kampung Sedang pada Selasa.

Polis mendakwa isteri mangsa yang merupakan warga Indonesia, Julaikah Nor Aini bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu.

“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa.

“Tidak berpuas hati kerana banyak sebab. Wanita itu mendakwa suaminya sering berbohong sehingga dia mengambil keputusan untuk mengupah pembunuh untuk membunuh mangsa,” Kata Ketua Polis Badung, Komang Suartana.

Polis kini telah menahan pembunuh di Padangbai di sini dan masih memburu tiga lagi.

Pasangan itu sebelum ini tinggal di Australia dan mempunyai pasport United Kingdom sebelum berhijrah ke Bali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.