KUALA LUMPUR – Ketua Koordinator Komunikasi Barisan Nasional (BN), Mohd Shafiq Fhadly Mahmud menyamakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai ‘cicak politik’.
Dakwaan itu bersandarkan kerana cicak selalu duduk di masjid dan apabila terpijak najisnya ia akan membatalkan air sembahyang.
“Haji Hadi suka menggunakan perumpamaan binatang jadi saya pun ada satu perumpaaan untuk haji Hadi sebenarnya dia ni sebenarnya cicak politik.
“Sebelum ini dia kata kerengga, orang-orang PAS seluang, Umno itik patah kaki
jadi dia pun sebenarnya cicak politik. Sebab cicak selalu duduk di masjid, di masjid banyak cicak tetapi apabila cicak itu berak jatuh ke karpet masjid, kita pijak batal air sembahyang kita.
“Inilah Haji Hadi, bila dia bercakap sahaja akan rosak,macam-macam perkara dalam negara kita, keluarlah fatwa-fatwa yang gila , tak boleh diterima malah fatwa-fatwanya itu ditolak oleh sebahagian ulamak-ulamak yang ada,” katanya.
Shafiq Fhadly mendakwa lagi, inilah Hadi yang boleh pusing mengikut keperluan dia sendiri, yang boleh kata apa saja yang dia nak kata yang boleh bersekongkol dengan siapa saja.