Tindakan Akhbar Cina Siar Gambar Edit Zahid, Hadi Kahwin Kini Jadi Psikologi Berbalik

KUALA LUMPUR – Tindakan sebuah akhbar berbahasa Cina memaparkan gambar perkahwinan yang diedit di antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya mewujudkan psikologi berbalik.

Ini kerana rata-rata warga maya marah dan mengecam tindakan akhbar berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah meneliti gambar di akhbar berkenaan dan membaca terjemahannya.

Katanya, akhbar itu ternyata salah faham dan gagal memahami ucapannya dan Abdul Hadi berkaitan muafakat nasional yang turut mengambil kira kepentingan bukan Melayu dan bukan Islam.

“Mereka menyindir dengan pinda wajah kita yang kacak ini kepada pengantin lelaki dan perempuan.

“Itu reverse psikologi (psikologi berbalik). Yang mereka buat ini menguntungkan kita.

“Kita lihat warga maya rata-rata marah dengan paparan gambar itu. Maka, terimalah akibat daripada kesalahan mereka itu sendiri,” katanya.

Terkini! Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung ke -27 Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Wisma IPF dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Presiden IPF, Datuk M. Sambanthan.

Bercakap mengenai perkara sama, Takiyuddin memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan perundangan terhadap akhbar berkenaan.

Kerap dibaca!

Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Harap Hubungan Putus Sebelum PRU15

Pemimpin PH Alami Gangguan Keresahan Gara-Gara Penyatuan Ummah – Tok Mat

Katanya, akhbar tersebut telah membuat satu fitnah terhadap UMNO dan Pas.

“Saya rasa bila kita lihat siapa akhbar ini dan siapa di belakang mereka. mereka membuat provokasi kepada kita dan cuba alih tumpuan orang ramai. Itu dari segi politik.

“Kita akan kaji dari sudut undang-undang. Kalau Pakatan Harapan, apabila berlaku satu perkara, mereka kata politik kotor, jadi bila giliran kita, kita akan kaji dan serah kepada peguam kita,” ujarnya. – UTUSAN

Lain-lain berita;

Rakyat Bosan Kerajaan PH Asyik Cakap Pasal Hutang dan Menyalahkan Pihak Lain – Azmin

Kerap Jual Aset Negara, Tapi Mengapa Hutang Makin Bertambah?

Kroni PH Untung Besar Jika Penduduk Kampung Baru Terpedaya Harga RM850 Persegi

Mujahid Guna Perkataan Tahi, Tak Tahan Diasak Isu Jual Aset Tabung Haji

Syurga atau Neraka Allah Yang Tentukan, Bukannya Mujahid, Kata Tok Mat

Rumah Ini Kau Minta Undi, Dah Dapat Undi Kau Robohkan & Tuduh Kami Pendatang Haram”

Sindir Kempen Produk Muslim, Harith Iskandar Enggan Komen Selepas Dikecam Netizen

Rayuan Tak Dipeduli, Penduduk Terpaksa Tidur Dalam Khemah Selepas Rumah Dirobohkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.