Rakyat Johor Pertikai Cadangan Kerajaan PH Turun Harga Rumah Kepada Warga Asing

KUALA LUMPUR – Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Demikian perumpamaan peribahasa yang berlaku ke atas seorang warga Johor yang berdepan dengan keperitan hidup dalam usaha mengumpul duit untuk membeli rumah yang harganya di luar kemampuan.

Bagaimanapun, hasil kerja keras dan usaha bersungguh-sungguh, Hilal Asyraf dapat juga dapat memiliki rumah idamannya.

Katanya, beliau baru sahaja dapat membelinya selepas berjaya mengumpul wang sebanyak yang diperlukan.

“Saya baru beli rumah. Perit tak perit tu Allah saja yang tahu. Tambah pula kerja sendiri, gaji dah tentu tidak menentu.

“Tapi demi masa depan keluarga tercinta, kita sahut cabaran dan hadapinya,” tulis beliau menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Namun, ujar beliau, sebaik memiliki rumah itu, tiba-tiba kerajaan negeri membuat kenyataan untuk menurunkan harga rumah, demi orang asing.

Kesal dengan kenyataan itu, Hilal memberitahu, kerajaan negeri nampaknya lebih memikirkan kesulitan orang asing berbanding keperitan hidup rakyat sendiri untuk memiliki rumah.

Semalam, kerajaan Johor dilaporkan akan menimbang untuk mengurangkan paras harga bagi warga asing membeli hartanah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan negeri itu menimbang untuk mengurangkan nilai ambang harga bagi warga asing membeli hartanah, iaitu daripada RM1 juta kepada RM600,000.

Bagaimanapun, Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) menolak sebarang langkah menurunkan harga untuk warga asing membeli hartanah mewah di negara ini.

HBA bimbang langkah itu akan menggalakkan pemaju membina lebih banyak hartanah mewah bagi menarik pembeli kaya dari Singapura, bukannya membina rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Menurut Setiausaha Kehormat HBA, Chang Kim Loong, ia akan membuka pintu kepada warga Singapura memiliki rumah berharga S$200,000 selepas ditukarkan kepada mata wang Malaysia.

Beliau berkata, pertimbangan itu sama dengan cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin untuk memasarkan hartanah mewah tidak terjual kepada rakyat asing dari Hong Kong dan China.

“Dalam kes Johor, sasaran pasarannya tentulah rakyat Singapura atau profesional yang bekerja di negara itu,” kata Chang. – MalaysiaGazette

Lain-lain berita;

Kroni PH Untung Besar Jika Penduduk Kampung Baru Terpedaya Harga RM850 Persegi

Puncanya Mansuh GST, Polisi Celaru dan Pelabur Lari, Kini Jual Aset Kerana Tiada Duit – Khalid

Syurga atau Neraka Allah Yang Tentukan, Bukannya Mujahid, Kata Tok Mat

Rumah Ini Kau Minta Undi, Dah Dapat Undi Kau Robohkan & Tuduh Kami Pendatang Haram”

Sindir Kempen Produk Muslim, Harith Iskandar Enggan Komen Selepas Dikecam Netizen

Rayuan Tak Dipeduli, Penduduk Terpaksa Tidur Dalam Khemah Selepas Rumah Dirobohkan

Kerap Jual Aset Negara, Tapi Mengapa Hutang Makin Bertambah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.