Kroni PH Untung Besar Jika Penduduk Kampung Baru Terpedaya Harga RM850 Persegi

Harga tanah di Menara Berkembar Petronas (KLCC) mencecah RM3,000 satu kaki persegi, namun harga tanah Kampung Baru yang terletak berhampiran menara itu ditawarkan hanya pada harga RM850 satu kaki persegi, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mengakui tidak terkejut dengan harga itu, Najib berkata, ia bukan sesuatu yang luar biasa jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengatakan bahawa ia harga paling tinggi yang mampu ditawarkan mereka berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Ini kerana, situasi serupa pernah berlaku ketika Lim Guan Eng menjual banyak lot tanah termasuk Bayan Mutiara di Pulau Pinang, selepas beliau menjadi Ketua Menteri negeri itu.

Maka, kata Najib, bukan sesuatu yang luar biasa jika ada harga JPPH boleh jauh di bawah harga pasaran.

“Masa itu, DAP menjual 102.6 ekar tanah kerajaan Pulau Pinang dengan harga RM1.1 bilion kepada syarikat swasta, Ivory Properties – atau harga purata RM240 satu kaki persegi. Masa itu juga, Barisan Nasional (BN) membantah kerana nilai tanah di sekitar sana pernah dijual setinggi RM420 satu kaki persegi.

“Tetapi Guan Eng menyangkal BN dengan merujuk kepada penilaian dari JPPH yang memberi nilai tanah tersebut adalah antara RM65 ke RM83 untuk setiap kaki persegi. Lalu dia puji diri sendiri bahawa dia mampu jual tanah kerajaan negeri pada harga berganda lebih tinggi dari harga JPPH tetapi masih di bawah harga pasaran yang dibuktikan oleh BN,” katanya.

Terkini! Penduduk Kampung Baru Mahu Kerajaan Tawar Harga Lebih Munasabah

Justeru, Ahli Parlimen Pekan menasihati pemilik tanah supaya tidak diperdaya oleh ‘Menteri HARAPAN Coin’ – gelaran yang diberi Najib kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad – jika beliau masih pegang tetap kepada penilaian JPPH.

“Ini kerana akhirnya, kroni-kroni PH yang akan untung besar atas tanah rakyat,” katanya.

Kerajaan semalam dilaporkan menawarkan untuk membeli tanah di Kampung Baru di sini dengan kadar RM850 bagi setiap satu kaki persegi sebagai pulangan kepada pemilik dan pewaris bagi pembangunan semula kawasan tersebut.

Khalid berkata, tawaran tersebut merupakan kadar tertinggi dinilai oleh JPPH dengan mengambil kira faktor mengekalkan syarat kepentingan pemilikan orang Melayu sahaja.

Katanya, bagi pulangan tunai dan separa tunai, 10 peratus daripada harga kaedah pembayaran akan diberi selepas perjanjian jual beli ditandatangani manakala selebihnya akan diberi selepas borang pindah milik 14A Kanun Tanah Negara didaftarkan. – IsmaWeb

Lain-lain berita;

Puncanya Mansuh GST, Polisi Celaru dan Pelabur Lari, Kini Jual Aset Kerana Tiada Duit – Khalid

Kerap Jual Aset Negara, Tapi Mengapa Hutang Makin Bertambah?

Syurga atau Neraka Allah Yang Tentukan, Bukannya Mujahid, Kata Tok Mat

Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Harap Hubungan Putus Sebelum PRU15

“Rumah Ini Kau Minta Undi, Dah Dapat Undi Kau Robohkan & Tuduh Kami Pendatang Haram”

Rayuan Tak Dipeduli, Penduduk Terpaksa Tidur Dalam Khemah Selepas Rumah Dirobohkan

Sindir Kempen Produk Muslim, Harith Iskandar Enggan Komen Selepas Dikecam Netizen

Kerap Jual Aset Negara, Tapi Mengapa Hutang Makin Bertambah?

Pemimpin PKR dan DAP Berbalah Isu Jawatan Ketua Pengakap Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.