Jurulatih JDT Puas Hati Aksi Pemain Walaupun Menang Tipis

KUALA TERENGGANU – Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora berkata, walaupun menang tipis beliau amat berpuas hati dengan kualiti permainan yang dipamerkan oleh anak buahnya.

Bagaimanapun beliau berkata cabaran tersebut masih belum tamat dan masih ada baki 90 minit perlawanan suku akhir kedua yang perlu diharungi skuad Harimau Selatan sebelum layak ke peringkat seterusnya.

“Buat masa ini saya amat berpuas hati dengan usaha pemain saya yang menjalankan tugas dengan hebat.

“Tetapi ini belum berakhir dan saya telah pun berfikir mengenai pusingan kedua.

Kami tahu kami tidak boleh memberi ruang kepada Terenganu bergerak bebas jadi kami akan tingkatkan latihan dan ulangi semula permainan yang baik ini yang kami lakukan malam ini (malam tadi),” katanya.

Naib juara Piala Malaysia musim lalu, Terengganu gagal memanfaatkan permainan di tempat sendiri apabila tewas 0-1 kepada JDT dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini semalam.

Diogo Santo muncul wira JDT apabila menjaringkan gol pertama skuad Harimau Selatan dengan merembat kencang bola dari luar kotak penalti lalu melepasi kawalan penjaga gol. – BERNAMA

Lain-lain berita;

Rakyat Johor Pertikai Cadangan Kerajaan PH Turun Harga Rumah Kepada Warga Asing

Kroni PH Untung Besar Jika Penduduk Kampung Baru Terpedaya Harga RM850 Persegi

Puncanya Mansuh GST, Polisi Celaru dan Pelabur Lari, Kini Jual Aset Kerana Tiada Duit – Khalid

Syurga atau Neraka Allah Yang Tentukan, Bukannya Mujahid, Kata Tok Mat

Rumah Ini Kau Minta Undi, Dah Dapat Undi Kau Robohkan & Tuduh Kami Pendatang Haram”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.