Zarina ‘tinggalkan’ Fathia, mohon maaf dengan Aiman, Sakinah dan Michael Ang

SHAH ALAM – Selepas tular tindakan pelakon Nur Fathia Binti Abdul Latiff meminta hutang dengan bekas teman lelakinya, dan kemudian Aiman Hakim Ridza Abdoh menafikannya, pelakon wanita berumur 31 tahun tu nampaknya ‘ditinggalkan’ oleh teman rapatnya Zarina Anjoulie.

Walaupun pada mulanya Zarina bertindak menyebelahi Fathia akhirnya dia memohon maaf kepada Sharifah Sakinah, Michael Ang dan Aiman kerana bertindak melulu.

Zarina sebaliknya sedar bahawa tindakannya menyebelahi Fathia tidak wajar dan sia-sia.

Zarina menyatakan kehendaknya untuk meneruskan tanpa terlibat dengan isu yang dicetuskan Fathia yang pada akhirnya mengundang kontreversi.

“Saya nak minta maaf kepada Sakinah, Aiman dan Michael. Sebab saya masuk campur adalah untuk menyokong kawan saya. Tetapi saya sedar ia bukan tindakan yang sewajarnya untuk dilakukan.

“Saya tidak mahu lagi terliat dalam semua perkara merepek ini. Saya juga mahu meneruskan hidup saya dan meninggalkan orang yang tidak membawa kebaikan,” katanya menerusi Instagramnya. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.