Wee Ka Siong sokong IPMC

SHAH ALAM – Ahli Parlimen tunggal MCA Wee Ka Siong akan menyokong apa juga tindakan untuk mereformasi negara.

Menyokong penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata alternatif menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) jika membawa kebaikan akan disokongnya sekalipun Wee mewakili parti pembangkang.

“Imej PDRM perlu dipertingkatkan segera demi memulihkan keyakinan awam terhadap polis,” katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau dalam masa yang sama menyambut baik cadangan kerajaan menubuhkan Ombudsman Malaysia bagi menggantkan Biro Pengaduan Awam.

Ombudsman merujuk kepada badan rasmi atau separa rasmi yang menyiasat aduan awam terhadap isu berkaitan jentera kerajaan.

“Diharapkan badan baru ini diterajui dan melibatkan individu-individu yang berintegriti supaya dapat berfungsi tanpa campur tangan pihak eksekutif demi memperkukuhkan tadbir urus kerajaan,” tambah beliau.

Pengumuman mengenai IPCMC dan Ombudsman Malaysia itu dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Dalam masa yang sama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak kerajaan memastikan bahawa IPMC akan diberi kuasa pendakwaan.

Jelas Suaram pada masa ini, kini EAIC tidak mempunyai kuasa penyiasatan dan pendakwaan yang mencukupi, menjadikannya tidak berkesan, walaupun telah melakukan yang terbaik dalam kekangan tersebut.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.