Tak Ada Lagu SST Ke, Najib Tanya Lim Guan Eng

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara sarkastik bertanya sama ada Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan menyanyikan lagu berkaitan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) apabila mengakui harga barang naik selepas pelaksanaan cukai yang berkuat kuasa 1 September lalu itu.

Najib berkata, ini kerana Guan Eng sebelum ini menyalahkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa menjadi punca kenaikan harga barang, malah menyanyikan lagu bersama kanak-kanak untuk menyindir kerajaan BN.

“Dahulu, beliau berulang kali kata punca harga barang naik ialah kerana GST. Malah, beliau turut menyanyi lagu mengenai GST bersama kanak-kanak.

“Kini beliau kata pula harga barang naik bukan kerana SST tetapi disebabkan oleh banyak faktor-faktor lain. Mungkin akan ada lagu SST juga selepas ini?,” katanya dalam Facebook beliau.

 

 

Najib menulis satu posting di Facebook sebagai respon kepada kenyataan Guan Eng berkaitan kenaikan harga barangan.

Gaun Eng bagaimanapun mendakwa SST bukan sebab utama di atas kenaikan harga barang tetapi ia didorong oleh banyak faktor lain.

Menurut Guan Eng, faktor-faktor itu termasuk barang diimport, penyusutan nilai ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar, selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan.

Guan Eng pada Mac lalu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyanyikan lagu ‘ABC’, yang kandungan liriknya dilihat menyindir kerajaan BN bersama sekumpulan kanak-kanak bertujuan menghina kerajaan pimpinan Najib ketika itu. -SuaraTv 

3 thoughts on “Tak Ada Lagu SST Ke, Najib Tanya Lim Guan Eng

  • Pingback:Tak Ada Lagu SST Ke, Najib Tanya Lim Guan Eng |

  • September 23, 2018 at 10:29 am
    Permalink

    apa kau sibuk sg? sapa kau? pesalah tunggu hukuman msk penjara…bawang kicap titah kepuh2 hukuman kau da sampai…tak bolih lari punya!!!! kau ni gila talak dah bungkus parti kau tu? bongok bingai cam unta…

    Reply
  • September 23, 2018 at 10:32 am
    Permalink

    perasan jadi … oh da biul lupa ke? kau lupa ek? simpan angan2 msk penjara ya…penghuni setia penjara nanti kau rosmah….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.