Suasana Bertukar Kecoh, Giliran PKR Cabang Baling Batal Proses Pemilihan

KUALA KETIL – Pemilihan PKR Cabang Baling di Dewan Majlis Daerah Baling (MDB) dibatalkan kerana kegagalan fungsi e-voting.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengawas Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat (JPP) ,Nor Khalim Mohamed sebentar tadi.

Nor Khalim berkata, pemilihan akan diadakan pada tarikh akan dimaklumkan.

Keputusan itu diterima baik oleh tiga calon ketua cabang, calon-calon Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wanita Keadilan serta pengundi.

Pemilihan yang dijadualkan berlangsung jam 9 pagi sehingga lima petang dihadiri kira-kira 800 pengundi bagi melunaskan tanggungjawab.

Terdahulu, pemilihan berkenaan bertukar kecoh apabila berlaku pertengkaran antara kumpulan Invoke dan bebas.

Ketegangan di depan bangunan MDB itu bagaimanapun berjaya dileraikan calon Ketua Cabang Baling, Razaini Mohd Isa.

Razaini berkata, pertengkaran berlaku akibat berlaku perebutan pengundi ketika berkempen.

“Pertengkaran itu juga disebabkan luahan rasa marah kerana tunggu terlalu lama untuk mengundi dan akhirnya tidak boleh mengundi.

“Melihat perkara itu, saya segera memeluk erat mereka yang cetuskan provokasi di kedua-dua pihak. Jika dibiarkan ia boleh melarat,” katanya.

Menurutnya, cadangan diberikannya untuk mengadakan pemilihan baharu dalam tempoh sebulan bagi menjaga ‘mood’ pengundi. – Sinar

One thought on “Suasana Bertukar Kecoh, Giliran PKR Cabang Baling Batal Proses Pemilihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.