Serbu Rumah Ibu Najib Menjurus Kepada ‘Police State’

JOHOR BAHRU – Tindakan polis menyerbu kediaman ibu Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Mohamed Noah di Kuala Lumpur semalam dilihat menjurus kepada kaedah sebuah police state.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan tindakan itu sebagai tidak selari dengan konsep dan prinsip Rule of Law (memerintah mengikut undang-undang) yang dilaungkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya secara pe­ri­badi amat kesal de­ngan perkara ini. Tindakan ini yang men­jurus kepada ka­edah police state menjadi suatu mimpi ngeri kepada kita semua.

“Ini kerana kita sebagai sebuah negara berdaulat yang mengamalkan sistem demokrasi yang mana rata-rata rakyatnya yang cintakan keharmonian dan kedamaian,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Polis menyerbu ke­diaman Rahah di Jalan Eaton semalam dan difahamkan dilakukan berkaitan dengan siasatan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Difahamkan polis turut memeriksa si­ling rumah berkenaan untuk melihat jika ada wang tunai disembunyikan, tetapi pulang dengan tangan kosong. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.