SENIMAN Kecam Berita Palsu Saleem Meninggal Dunia

PERSATUAN Seniman Malaysia mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menularkan berita palsu penyanyi Saleem Iklim telah meninggal dunia pagi tadi.

Setiausaha Agungnya Hafiz Nafiah menerusi kenyataan media rasmi pada Sabtu mengesahkan Saleem masih dirawat di Hospital Kajang dan berada di bawah pemantauan rapi.

“Seniman Malaysia ingin mengesahkan bahawa Saleem Iklim masih dirawat di Hospital Kajang dan di bawah pemantauan rapi oleh pihak Hospital.
“Keadaan beliau dilaporkan stabil sehingga waktu ini.”

Menurut Seniman, kenyataan tidak bertanggungjawab itu hanya mahu mengelirukan masyarakat serta tidak mengambil kira perasaan keluarga Saleem.

Seniman juga memohon agar masyarakat tidak terpedaya dengan berita palsu yang tular itu dan akan memaklumkan perkembangan semasa Saleem sepanjang rawatannya.

Khamis lalu, Saleem terlibat dalam kemalangan selepas motosikalnya dilanggar dari belakang ketika keluar membeli barang di Bandar Mahkota Cheras. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.