Polis Tahan Empat Ahli PKR Terlibat Pergaduhan Ketika Proses Pemilihan

SUNGAI PETANI – Polis menahan empat lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan ketika proses pemilihan PKR Cabang Merbok di The Carnival di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari itu dipercayai berpunca daripada masalah sistem pengundian sehingga berlaku kekecohan dan pergaduhan.

Katanya, empat lelaki yang ditahan berusia antara 21 hingga 59 tahun dipercayai menggunakan peralatan yang berada di sekeliling mereka seperti penyapu sebagai senjata.

“Tahun ini adalah tahun pertama mereka mengundi dalam talian dan sistem tiba-tiba terganggu ketika kebanyakan pengundi berasak untuk mengundi.

“Keadaan menjadi luar kawalan apabila masing-masing tidak mahu bertolak ansur menyebabkan berlaku kekecohan sehingga membawa kepada pergaduhan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Video pergaduhan membabitkan hampir 20 lelaki menggunakan penyapu dan paip plastik memukul antara satu sama lain kemudian menjadi tular di media sosial.

Adzli berkata, akibat kejadian itu, seorang daripada yang ditahan cedera di kepala.

“Beberapa pengundi juga dilaporkan cedera dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya. – BH

One thought on “Polis Tahan Empat Ahli PKR Terlibat Pergaduhan Ketika Proses Pemilihan

  • September 23, 2018 at 12:46 pm
    Permalink

    bodoh mcm kayu ..kuno betul beruk2 yg kecuh! apa dpt untung ker… bangang mcm unta..tanfkap mek penjara jer..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.