“Perlu Setia Walau Apa Jua Keadaan Menimpa Parti”

KUALA LUMPUR: Mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata pemimpin yang diamanahkan dan diberi kepercayaan oleh ahli seharusnya setia kepada parti dan meneruskan perjuangan yang didukung selama ini.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berkata, pada ketika UMNO sedang diuji, pemimpin khususnya yang bergelar ahli perlimen wajar menunjukkan kesetiaan dan bukannya meninggalkan parti.

“Kita mesti setia pada parti walau dalam apa jua keadaan yang menimpa… sama ada kita berkuasa atau tidak berkuasa. Apatah lagi dalam saat ini, yang mana parti amat memerlukan kita,” katanya. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman dua Ahli Parlimen UMNO iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman keluar parti baru-baru ini.

Mustapa yang merupakan Ahli Parlimen Jeli bertindak melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pada Selasa lalu, atas alasan lagi tidak sealiran dengan parti.

Sehari kemudian, Anifah pula menyusul langkah Mustapa. Beliau yang juga ahli parlimen Kimanis berkata keputusan itu dibuat kerana mendakwa kerajaan sebelum ini gagal memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963. -SuaraTv 

One thought on ““Perlu Setia Walau Apa Jua Keadaan Menimpa Parti”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.