Kerajaan PH Bersikap Munafik – Najib

PEKAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersikap munafik kerana tidak menepati janji yang dibuat mereka sendiri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata, sikap ditunjukkan mereka juga seolah-olah tidak berkeinginan untuk melaksanakan manifesto yang mereka tawarkan kepada rakyat.

“Kalau dipandang dari sudut agama, tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.

“Maknanya, mereka menawarkan pelbagai janji manis ketika (berkempen) PRU-14 dan akhirnya kita boleh lihat rata-rata rakyat meluahkan rasa kekecewaan kerana semuanya hanya tinggal janji sahaja,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Sekampung dan Gotong-royong Memasak Bubur Asyura di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Panjang, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Zamri Ramly; Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khairuddin Mahmud; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ali.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada tujuh keluarga yang terbabit dalam kejadian ribut pada 7 September lalu.

Beliau turut memaklumkan akan mencari dana bagi menyiapkan projek pembinaan Masjid Pasir Panjang yang sudah diluluskan sebelum PRU-14 lalu. – BERITA HARIAN

3 thoughts on “Kerajaan PH Bersikap Munafik – Najib

  • September 23, 2018 at 10:22 am
    Permalink

    kau dulu tk munafik ke? rompak curi samun penyangak khianat pd rakyat raja sumpah ??? cakap pandai sgt? taik kt bontot tk sedar? sudu lebih dari kuah! duk diam lah oi tunggu hukuman yg kau kan dpt!!!! langit tinggi kuasa allah swt mengatasi segala atas muka bumi ini…tak terjawab punya..tk terelak ..tk tak tertepis..tak termengaku nanti…. tak menjawab nanti …baru kau tahu siapa yg berkuasa… kau pun lupa rumput yg kau pijak… tamak haloba khianat … akhirnya semua tahu kau yg munafik jahat jelek rakus kejam zombi…kau lah orangnya munafik munafik munafik

    Reply
  • September 23, 2018 at 10:26 am
    Permalink

    tk layak dikasihani biar kau duk penjara seumur hidup laki bini… aman sentosa rakyat malaysia bila kau duk penjara nanti… kau ckp lah dlm penjara panggil media ambil cerita palsu kau tu…. mesyuarat dlm penjara bincangkan apa suka….

    Reply
  • Pingback:Kerajaan PH Bersikap Munafik – Najib – 24jaminfo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.