Chong Wei Hidap Barah Hidung, Jalani Rawatan

SHAH ALAM – Pemain badminton terkemuka negara Lee Chong Wei disahkan menghidap barah hidung. 

Perkara itu diumum oleh Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menerusi kenyataan media yanh memaklumkam bahawa Chong Wei kini berada di Taiwan bagi mendapatkan rawatan.

“BAM mengesahkan bahawa Chong Wei dikesan menghidap kanser hidung peringkat awal dan kini sedang menjalani rawatan.

“Dia memberi respon yang baik terhadap rawatan itu dan sedang berehat bersama ahli keluarga terdekatnya di sana.

“Kami berharap agar semua pihak terus memberikan sokongan kepadanya dan pada masa sama memberi ruang kepadanya untuk berehat buat masa sekarang,” katanya. 

Sebelum ini pelbagai desas-desus timbul mengenai penyakit yang dihidapi pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu terutama selepas dia menarik diri daripada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia Jakarta-Palembang.

Semalam, Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai memberitahu, Chong Wei akan pulang ke ibu negara dalam tempoh dua minggu lagi selepas menamatkan sesi rawatannya di luar negara.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai masalah kesihatan yang dihadapi jaguh negara itu selain tidak menjelaskan lokasi sebenar Chong Wei menerima rawatan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.