Berang Masalah Pengundian, Ahli Pukul Petugas Pemilihan PKR

KULIM – Lebih 20 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Padang Serai yang hadir di Dewan Serbaguna Lunas, Kulim untuk membuat pengundian tiba-tiba berang dan bertindak memukul petugas yang menjalankan proses pengundian.

Tindakan itu susulan masalah teknikal pada pemilihan PKR cabang itu hingga menyebabkan situasi menjadi tegang.

Bagaimanapun keadaan kembali reda apabila anggota polis yang berada di dewan terbabit berjaya mengawal dan meleraikan pergaduhan terbabit.

Penangguhan itu sekali gus mengakibatkan 5,000 ahli PKR Cabang Padang Serai yang hadir terpaksa pulang hampa kira-kira jam 1 petang tadi.

Ketua Cabang PKR Padang Serai, M. Karupaiya memaklumkan, apabila kegagalan sistem e-undi berfungsi mengakibatkan ramai ahli melakukan protes dan melahirkan perasaan tidak puas hati sehingga berlaku provokasi.

Beliau memaklumkan, tarikh pemilihan terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak atas arahan dari sekretariat Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Firdaus Yusoff berkata, pihaknya turut kecewa dengan apa yang berlaku kerana sistem e-undi tersebut boleh melancarkan proses pengundian. – Awani

One thought on “Berang Masalah Pengundian, Ahli Pukul Petugas Pemilihan PKR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.