Zarina Kecewa Penggambaran Sudah 70 Peratus Dihentikan Tiba-Tiba

PELAKON Zarina Zainuddin, 47, yang membintangi filem 1875 arahan Imran Ismail kecewa apabila penggambaran dihentikan dan hanya menerima bayaran RM1,000.

Menurut Zarina, penggambaran filem terbabit sudah 70 peratus dijalankan dan kali terakhir berada di set di Pasir Salak, Perak pada 11 Jun lalu.

Selepas itu, tiada lagi khabar berita mengenai penggambaran yang sepatutnya disambung pada 20 Jun di Temerloh, Pahang,katanya kepada Harian Metro.

Zarina berkata, pihak Maiamanja Pictures Sdn Bhd kemudian menghubungi dan memaklumkan penggambaran terpaksa dihentikan berikutan masalah kewangan.

Setahu saya filem 1875 mendapat dana daripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Jadi, macam mana pula boleh ada masalah pula?

Soal wang boleh dibawa berbincang dan mereka sepatutnya memaklumkan perkara ini dengan lebih jelas kepada barisan pelakon,katanya.

Zarina juga terkilan apabila Miamanja Pictures seakan memandang remeh komitmen pelakon.

Perlu diingat, kami ada komitmen. Saya misalnya, komitmen terhadap keluarga dan perniagaan.

Demi menjayakan filem ini, saya terpaksa korbankan masa dengan anak-anak. Ramai sedia maklum dua anak saya autistik.

Saya turut korbankan masa untuk perniagaan semata-mata perlu berulang-alik dari rumah di Subang Jaya ke Pasir Salak. Nampaknya semua sia-sia bila jadi begini, katanya.

Kata Zarina lagi, dia dan pelakon lain tidak dapat menghubungi pengarah yang juga penerbit filem itu.

Kami hanya dapat berhubung dengan pengurus produksi dan dia yang banyak memaklumkan perkembangan isu ini, katanya yang melakonkan watak Toh Lipat.

Pengurus produksi yang dikenali sebagai Nizam ketika dihubungi enggan mengulas lanjut isu itu.

Buat masa ini, saya tak boleh beri sebarang komen. Pihak penerbit masih berbincang dengan Finas dan kami akan maklumkan kepada media sekiranya ada maklumat baru, katanya.

Pengarah dan penerbit filem 1875 bagaimanapun gagal dihubungi.

Selain Zarina, filem itu turut dibintangi Wilma Muhammad, Aman Graseka dan ramai lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.