Warden Penjara Putus Cuping Telinga Kiri Selepas Digigit Banduan Warga Liberia

KUANTAN – Seorang warden Penjara Bentong, Karak dekat sini putus cuping telinga kiri selepas digigit banduan warga Liberia dalam kejadian pada pukul 2.05 petang semalam.

Mohd. Zamri Razali, 37, dari Unit Keselamatan Penjara (UKP) diarahkan untuk memindahkan banduan akhir berusia 46 tahun itu ke blok pengasingan sebelum berlaku pergelutan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, banduan atas kesalahan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 itu tiba-tiba bertindak agresif ketika dipindahkan oleh Mohd. Zamri bersama tiga anggota lain.

“Banduan itu bertindak menumbuk muka Mohd. Zamri menyebabkan warden itu jatuh tertiarap. Banduan itu kemudian menyerang belakang belakang badan mangsa dan menggigit cuping telinganya sehingga putus.

“Anggota lain segera menahan banduan tersebut dan mangsa dibawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.