Wanita Terkaya Dunia Menghembuskan Nafas Pada Usia 94 Tahun

Liliane Bettencourt, pewaris syarikat kosmetik L’Oreal, telah meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Keluarga Bettencourt mengesahkan wanita itu meninggal di kediamannya. Semasa hayatnya, Liliane Bettencourt mendapat gelaran ‘wanita terkaya di dunia’.

Pada 2017, nilai kekayaannya dijangka mencapai 33 bilion euro, bersamaan dengan RM166 bilion.

Beliau meninggalkan lembaga pengarah L’Oreal pada 2012 dan jarang muncul di khalayak ramai, tetapi beberapa kali muncul dalam berita yang berkaitan dengan kes dana kempen bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Dalam satu kenyataan rasmi, pengarah utama L’Oreal, Jean-Paul Agon berkata: “Kami semua sangat kagum terhadap Liliane Bettencourt yang sentiasa memantau L’Oreal, baik syarikat, pekerjanya, dan yang amat berkaitan dengan kejayaan serta perkembangannya.

“Secara peribadi dia banyak menyumbang kepada kejayaan syarikat selama bertahun-tahun. Dia juga seorang perempuan yang hebat dan cantik yang telah meninggalkan kami dan kami pasti tidak akan melupakannya.

Selain kejayaannya, Liliane Bettencourt tidak lari dari kontroversi. Pada tahun 2007, permusuhan dengan anak perempuannya, Francoise Bettencourt-Meyers, muncul di pengetahuan umum.

Bettencourt-Meyers memfailkan tuntutan mahkamah kerana dia mengesyaki ibunya sedang dipergunakan oleh orang yang dekat dengannya disaat keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Contohnya, François-Marie Banier adalah jurugambar yang menjadi sahabat ibunya.

Pada tahun 2008 telah terdedah bahawa Banier telah diberi beberapa barang bernilai ratusan juta dolar, termasuk lukisan Picasso dan pulau seluas 270 hektar di Seychelle, Lautan Hindi.

Bettencourt-Meyers mengaku telah mendakwa Banier setelah mendapat tahu perkara tersebut dari staf rumah ibunya bahawa ibunya sedang dipergunakan.

Liliane Bettencourt

Hubungan dua beranak ini bagaimanapun terjalin semula pada 2010 dan setahun kemudian Mahkamah Perancis mengarahkan Bettencourt dijaga oleh keluarganya kerana keadaan kesihatannya.

Bagaimanapun, kontroversi tidak berhenti di situ.

Tuduhan menyatakan bahawa pengurus kewangan Bettencourt, Patrice de Maistre, telah menyalurkan wangnya kepada pasukan kempen bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy pada 2007.

Tuduhan pembiayaan haram sedang disiasat, walaupun Sarkozy telah berulang kali menolak dakwaan itu.

Kes eksploitasi itu bagaimanapun berakhir pada Mei 2015 apabila lapan orang, termasuk Banier, telah disabitkan dan diperintahkan membayar pampasan berjuta-juta dolar kepada keluarga Bettencourt.

Aset Bettencourt, termasuk sahamnya dalam syarikat kosmetik L’Oreal, diletakkan dalam dana amanah yang dikawal oleh anak perempuannya.

Salah satu daripada dua cucunya, Jean-Victor Meyers, menggantikan kedudukannya di lembaga pengarah syarikat sebagai naib presiden dan memegang status pemegang amanah peribadi Bettencourt.

L’Oreal bermula ketika bapa Bettencourt, Eugène Schueller mengasaskan sebuah syarikat pewarna rambut pada tahun 1909 yang kemudian berubah menjadi sebuah syarikat kosmetik. Pada masa ini, syarikat itu adalah syarikat kosmetik terbesar di dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.