PM Najib Ajak Rakyat Sokong Atlet Negara

KUALA LUMPUR ― Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ajak rakyat Malaysia untuk terus beri sokongan kepada kontinjen negara pada temasya Sukan Para Asean (APG) KL2017 yang berbaki dua hari lagi sebelum melabuhkan tirai, Sabtu ini.

“Saya harap rakyat kita akan terus beri sokongan padu kepada pasukan kita dengan apa jua cara sehingga tamatnya Sukan Para ASEAN ini,” katanya selepas menyaksikan perlawanan akhir bola keranjang kerusi roda 3 lawan 3 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Aksi final itu menyaksikan pasukan negara mengulangi pencapaian pada edisi lepas di Singapura dengan memenangi pingat perak selepas tewas kepada juara bertahan, Thailand 12-5.

Perdana menteri, yang meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin turut mengucapkan tahniah kepada pasukan kebangsaan kerana telah menunjukkan kesungguhan tinggi pada perlawanan berkenaan.

“Ini merupakan satu ransangan dan kebanggaan kepada semua anggota kontinjen kita dalam sukan yang lain,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.