Pemuda Selamatkan Ular Dari Banjir

KANGAR — Dua puluh ular termasuk ular tedung selar terpaksa diselamatkan ekoran sangkar reptilia itu ditenggelami banjir.

Enam staf Taman Ular dan Reptilia di Sungai Batu Pahat di sini memindahkan reptilia itu ke lokasi selamat ekoran kawasan itu dinaiki air setinggi 0.5 meter.

“Ada kawasan dalam taman ini air setinggi paras paha, ada setinggi paras dada,” katanya Mohd Hafiz Alias, 27 seperti dilapor Metro.

Beliau berkata empat staf lelaki dan dua wanita tidak sukar memindahkan ular pelbagai spesies kerana “sudah biasa bermain” dengan ular.

“Walaupun kami dengan ular di sini ibarat saling mengenali, kami masih lagi berhati-hati dalam menjalankan tugas,” katanya.

Mohd Hafiz berkata proses pemindahan antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari semalam bukan pertama kali kerana pernah melakukannya dua tahun lalu.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.