Pemain Golf Cedera Jatuh Longkang

BUKIT BERUNTUNG — Seorang lelaki cedera akibat jatuh longkang sedalam dua meter selepas tergelincir ketika bermain golf.

Kaki lelaki berusia 49 tahun terperosok ke lubang sebelum terjatuh dan mengakibatkannya cedera di pinggang, lapor Metro.

Enam anggota bomba menggunakan pengusung untuk membantu mangsa yang kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

“Dia kemudian hilang imbangan lalu terjatuh ke dalam longkang terbabit,” kata komander operasi balai bomba dan penyelamat Kuala Kubu Bharu Rosdi Shafie.

Kejadian berlaku jam 5.49 petang semalam di Kelab Golf Bukit Beruntung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.