NGO Mohon Sultan Selangor Sekat Pesta Arak

KUALA LUMPUR — Sepuluh NGO Islam hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor supaya campur tangan bagi menyekat penganjuran pesta arak.

Mereka bimbang pesta arak “Better Beer Festival” yang dibatal akibat larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dibawa ke Selangor, lapor New Straits Times.

Jurucakap kumpulan Nazilah Idris berkata memorandum tersebut sebagai peringatan supaya pesta itu tidak dianjur di negeri ini.

“Penganjur rancang anjurkan pesta arak di Kuala Lumpur tapi dihalang DBKL. Kami tak mahu mereka bawa ke sini (Selangor),” katanya.

Tanpa menyebut nama, beliau berkata kebimbangan itu berikutan ada exco negeri menyatakan Selangor terbuka kepada pesta tersebut.

Kumpulan itu diwakili 14 individu daripada 10 NGO, lapor akhbar itu. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.