Megat Junid Banyak Berkorban Untuk Mahathir, Tapi…

Saya selagi boleh tidak akan menulis yang buruk ke atas Tun Mahathir. Amat tinggi hormat saya ke atas beliau.

Tapi saya kesal apabila segala kenyataan, walau pun fakta jika ianya tidak menyebelahi beliau, akan dituduh ianya kerana hendakkan pulangan (dedak).

Ya Tun, tak semua orang bapa jadi Menteri anak dia kaya raya Tun.

Tapi tak semua orang yang tak kaya, hidup tanpa maruah dan sanggup menyatakan apa sahaja berbohong demi wang ringgit walau ianya melibatkat maruah arwah bapa sendiri.

Ya, Tun lantik Tan Sri Megat Junid sebagai Menteri, tapi semua orang tahu betapa setianya Tan Sri Megat Junid dengan Tun. Seluruh umur bekerja Tan Sri diabadikan untuk Tun sehingga akhir hayat beliau.

Kerana kesetiaan Tan Sri jugaklah kerjaya politik beliau musnah sebelum waktunya.

Tun arahkan Tan Sri bertanding di Parit pada pilihanraya 1999, ketika itu pengundi Melayu amat marah dengan Tun diatas tindakan Tun memecat DS Anwar dan menuduh di mahkamah DS Anwar meliwat.

Saya teringat Arwah cerita dimeja makan dirumah SS7 selepas beliau tewas di Parit. Ketika itu walau tidak dizahirkan tapi saya dapat rasa beliau amat kecewa, pertama kali beliau tewas bertanding.

Bagaimana Tun menalipon sehari sebelum hari penamaan calon dan arah beliau pindah bertanding di Parit, keluar dari Pasir Salak kawasan di mana beliau lama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, arwah cakap kepada Tun.

“you know I will never say NO to you, but it will be an uphill battle’. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi sehingga isteri arwah sendiri, Puan Sri Faezah, selalu melawak dengan saya dengan mengelar Arwah Tan Sri sebagai Megat “Setia Alam’.

Tun boleh nafikan segala yang buruk dan jijik yang berlaku ketika zaman Tun dan cuci tangan. Segala-galanya adalah salah orang lain, dan lebih mudah salahkan mereka yang telah meninggal dunia dan hina yang hidup sebagai pemakan dedak.

Ingatlah, keluarga Tan Sri Megat Junid banyak berkorban untuk Tun dan mereka tidak akan mereka cerita demi pulangan dunia.

Memang Tun sendiri tak bayar pertemuan dengan Presiden Bush, tapi ada orang lain yang uruskan. Segala dokumen, gambar dan cek ada disimpan. Janganlah buat-buat tak tahu pula.

Hidup Bermaruah. Mati Pun Biarlah Bermaruah.

Dari FB Megat Zulhazmi At-Terawis, UMNO Bukit Bintang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.