Mawi Selesa, Mahu Kekal Imej Rambut Baharu

Juara Akademi Fantasia musim ketiga, Asmawi Ani, mengakui selesa berimej rambut panjang dan berhasrat untuk mengekalkan imej itu selepas ini.

Kata Mawi, 36, dia tidak pernah menyimpan rambut hingga paras bahu sepanjang hidupnya sehingga dikehendaki untuk berimej sedemikian demi menjayakan wataknya dalam filem Munafik 2.

“Pada mulanya saya diminta Syamsul Yusof untuk menyimpan rambut lebih panjang daripada kebiasaan demi karakter saya untuk filem Munafik 2.

“Pada mulanya memang tidak selesa namun lama kelamaan saya rasa imej ini berbeza dan saya selesa. Rasa saya nak potong.

“Ini rambut saya paling panjang pernah simpan dan saya akan menyimpannya hingga paras bahu,” katanya, lapor Gempak.

Mawi antara lima penyampai radio baharu berkonsep muslim moden kontemporari yang akan memulakan siaran pada awal Oktober depan menerusi frekuensi 104.9 fm.

Selain Mawi, radio yang bakal bernaung di bawah payung Astro Radio itu akan dikendalikan oleh Lin Ariffin, Anas Tahir, Raqib dan Falyq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.