Kepala Bayi Keluar Di Stesen Minyak

BATU KURAU — Seorang wanita yang tidak tahan untuk membuang air kecil, melahirkan anak di tandas sebuah stesen minyak Shell.

“Saya terasa hendak buang air kecil dan tiba-tiba kepala bayi keluar,” kata Nurshamila Ishak, 27, yang dijangka bersalin 27 September ini, lapor Metro.

Jeritan Nursyamila disedari dua pekerja, seorang daripadanya berkelulusan bidang perubatan kemudian membantunya sementara menunggu ambulans tiba.

Beliau yang menetap di Kampung Bukit Bertam di sini menaiki motosikal bersama suami Abdul Majid Amik, 48, untuk rawatan di Hospital Taiping ketika kejadian.

Pengurus stesen minyak itu pula berkata anak yang belum diberi nama itu dijadikan anak angkat stesen minyak di Taman Lela, dekat Kamunting.

“Ini kejadian pertama berlaku di stesen minyak ini,” kata Ruzilah Abdul Talib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.