Ibu Terkejut Pengasuh Senyap-senyap Minum Susu Badannya

Tak beretika langsung. Seorang pengasuh yang diupah untuk menjaga seorang bayi perempuan berusia sebulan, secara senyap-senyap telah minum susu badan ibu bayi itu yang disimpan dalam botol selepas bayi terbabit tidur.

Ibu bayi itu, Lin, 27, dari Kaohsiung, Taiwan berkata, dia berasa sangat jijik apabila mengetahui pengasuh berusia 58 tahun itu minum susu badannya yang disimpan di dalam botol, lebih dari sekali.

Selepas dia bersemuka dengan pengasuh itu, barulah wanita berkenaan mengaku dia minum susu Lin namun tidak meminta maaf.

Kejadian ini disedari selepas Lin memuatnaik entri dalam Facebooknya pada 12 September lalu.

Lin turut berkongsi video dari kamera CCTV yang menunjukkan pengasuh itu menyusukan bayi di atas sofa dan kemudian membawa bayi itu ke ruang tamu.

Selepas bayi itu tidur, pengasuh itu minum susu tersebut di tempat lain.

Lin memberitahu MailOnline bahawa dia menyupah pengasuh itu untuk menjaga anak keduanya itu. Dia mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia dua tahun.

“Saya mengingatkan pengasuh itu supaya lebihan susu badan saya itu diberikan kepada anak sulung saya. Saya tidak percaya apabila saya melihat CCTV itu,” katanya.

Sementara itu pengasuh berkenaan dilaporkan memberitahu dia tidak mahu membazirkan susu itu malah majikannya sebelum ini pernah memberikan susu lebihan untuk dibawa pulang.

Dalam penjelasannya, pengasuh itu memberitahu dia menghidap anaemia iaitu penyakit kurang sel darah merah.

Perkara itu telah dibawa ke jabatan kebajikan dan seorang pegawai di jabatan berkenaan memberitahu tingkah laku pengasuh terbabit tidak disifatkan sebagai salah laku,

Namun beliau meminta semua pengasuh berpegang kepada etika profesional.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.