Wanita Berdiri Bawah Kapal Terbang, Tangguh Penerbangan

BEIJING – Seorang wanita tekad berdiri di bawah sebuah kpal terbang hanya gara-gara mahu menangguhkan penerbangan tersebut.

 

Wanita tersebut serta suaminya yang terlepas penerbangannya bertekad mahu menangguhkan penerbang  dan melakukan tindakan tersebut.

 

Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 14 September yang lalu.

 

Ketika suaminya berbincang dengan krew yang bertugas di landasan, wanita tersebut mengambil kesempatan berdiri di bawah kapal terbang tersebut  untuk menghalang pesawat dari berlepas.

 

Penerbangan CA1519 dari Beijing ke Shanghai dijadual berlepas pada pukul 9.30 pagi tetapi tertangguh selama kira-kira 20 minit apabila pasangan itu enggan mendengar larangan anak kapal dan menghalang landasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.