Video : Ziyad Terharu Dilayan Bak Selebriti

KUALA LUMPUR – Wira Paralimpik bagi acara lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli terharu dengan sambutan orang ramai serta kehadiran pengamal media pada hari ini.

 

Beliau yang menghadiahkan pingat emas kedua paralimpik dan turut mencipta rekod baharu dunia serta Sukan Paralimpik dalam acara lontar peluru F20 turut melahirkan perasaan gembira apabila disambut dan dilayan bagai ‘selebriti’ oleh rakyat Malaysia.

 

“Dulu saya pernah menang pingat gangsa pun tak seramai macam ini. Sekarang ni kena ‘hold’ ramai yang nak bergambar semua. Ini adalah satu penghormatan bagi saya, memang sangat luar biasa,”katanya.

 

Ditanya tentang usahanya menggapai emas dalam acara tersebut, Ziyad mengakui telah berusaha gigih bagi merealisasikan impian tersebut.

 

“Saya memang berusaha gigih. Saya berkorban untuk tahun 2016. Saya ‘gila-gila’ dalam sukan (memburu impian). Saya pergi sana fokus dan cuba buat yang terbaik. Balingan pertama saya ‘ohsem’ dan sehinggalah ke peringkat seterusnya. Bagi saya ia adalah untuk rakyat Malaysia!,”katanya.

 

Terdahulu, Muhammad Ziyad untuk acara F20 (masalah pembelajaran), melakukan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau dalam kejohanan itu di Rio de Janeiro.

 

Rekod dunia dan paralimpik sebelum ini, 16.29m, dipegang Todd Hodgetts dari Australia pada edisi kejohanan di London 2012.

 

Pingat perak menjadi milik Dimitrios Senikidis dari Greece dengan 16.17m dan gangsa milik Hodgetts dengan 15.82m.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.