Video: Umno Sabah Tidak Gentar Dengan Shafie Kata Menteri

KUALA LUMPUR – Umno Sabah bersedia berdepan dengan saingan parti bekas naib presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal dalam menghadapi pilihan raya akan datang, kata Bendahari Agung Umno, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

 

Menurut beliau, pada akhirnya, rakyat Sabah sendiri yang akan menentukan siapa yang layak untuk menerajui politik di negeri itu.

 

 

“Itu hak Datuk Shafie untuk menubuhkan parti politik atas nama untuk menuntut perubahan keatas parti lama dengan jenama yang baru (tapi) akhirnya rakyat yang akan buat keputusan.

 

“(Namun) Sehingga hari ini kita lihat UMNO Sabah masih lagi kukuh kerana tidak menghadapi masalah yang besar, tapi kita alu-alukan penyertaan parti baru tersebut untuk bersaing dengan kita di Sabah,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas perasmian majlis KL Converge! 2016 di KLCC, hari ini.

 

Beliau turut menegasakn tidak ada sebab untuk rakyat menolak Barisan Nasional dan Umno dalam pilihanraya akan datang kerana parti telah menunjukkan ‘track rekod’ cemerlang selama ini.

 

“Kita yakin rakyat Sabah akan bersama dengan kita (Barisan Nasional) kerana kita telah buktikan zaman Umno ketika dikembangkan di Sabah untuk kestabilan politik.

 

“Umno Sabah juga mahu menentukan agar perbangunan negeri akan lebih rancak dan berterusan dan tidak ada sebab untuk rakyat tidak bersama Umno,” ujarnya pula.

 

Shafie hari ini mengesahkan akan meneruskan perjuangan politiknya menggunakan sebuah parti sedia ada di Sabah tidak lama lagi.

 

Beliau hadir di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya dan katanya, pengumuman mengenai parti itu akan dibuat selepas cadangan perubahan nama, logo dan perlembagaannya diterima. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.