Video: Kerajaan Tunai Janji Ganjaran 1 Juta Atlet Paralimpik

SEPANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan ganjaran RM1 juta kepada pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016.

 

Beliau yang berucap di majlis sambutan kepulangan kontinjen Paralimpik negara berkata, akan menjadikan kejayaan luar biasa atlet Paralimpik itu sebagai ransangan untuk seluruh rakyat Malaysia.

 

“Insya-Allah mereka akan dapat ganjaran yang kita janjikan iaitu pingat emas RM1 juta dan pencen, pingat gangsa dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM200,00,” katanya.

 

Sementara itu, Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, kementerian akan menaikkan taraf sukan bagi atlet itu.

 

“Kami akan menyamakan taraf mereka (paralimpik) dan telah memulakan pencarian anak muda sebagai atlet pelapis,”katanya.

 

Ditanya mengenai pembangunan dalam bidang sukan itu, beliau berkata kerajaan akan menginspirasikan kejayaan atlet tersebut bagi menaikkan semangat anak muda untuk memilih bidang sukan sebagai kerjaya.

 

Dalam pada itu, kerajaan akan menyasarkan kedudukan kedua dalam sukan Para ASEAN 2017 nanti.

 

“Sebab kita lihat Thailand sudah kedudukan kedua (kedepan).

 

“Tapi kita akan buat persiapan terbaik bagi melakarkan kejutan,”katanya. -SuaraTV

 

Laporan dan video menyusul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.